Cantik kan entry aku? Haha. Macam biasa la,cuti-cuti ni lagi-lagi bila dah bergelar Miss J, memang membosankan. Mata ni rasa-rasa macam 24/7 menghadap screen laptop. Aihh, dah rasa eye tense, kepala pun dah mencucuk-cucuk. Malas nak tidur awal sebab kalau tidur awal,bangun mesti lambat. Tidur lambat, memang la bangun lambat. So konklusinya, tidur lambat terus la :)
Masa cuti ni orang selalu kata, naik sem baru nanti, gemuk lah aku. Yela, makan macam-macam. Mak masak sedap-sedap dekat rumah. Hoi,siapa kata macam tu? Aku duduk rumah la makin kurang makan kau tau. Asyik terperap dalam bilik sampai lupa makan minum. Pipi membulat ala-ala epal merah pun sebab kuat tidur. Tadi siap kena perli, hai kau buat rumah ni macam hotel pulak kan. Terperap je dalam bilik. Hehe. Minta maaf,minta maaf.Seriously entah kenapa rasa malas gila nak hidup. Rasa macam nak lelap mata je tak nak fikir apa-apa. Sebab hidup sekarang sangat-sangat bosan. :(
Kira macam bagus la jugak kan, duduk rumah tak makan boleh diet! Ohh yeah! DIET ! Kepala hotak kau diet, nampak sangat la kau menjalani urusan diet yang tak sihat. Ish! Konon-konon la kan harini sekadar makan biskut dengan bubur mangkuk kecil. Tiba-tiba tadi dalam 12 lebih, midnight dah , adik kesayangan aku pergi buat roti dengan telur. Dua biji telur dan dua keping roti. Bulat lagi pipi aku :')
Hidangan tengah malam kami. Orang kata supper :)
Dalam family ni memang pelik sangat-sangat sebab kakak sulung memang tak reti masak. Tak suka turun dapur! So dia lagi rela tak makan dari pergi dapur kelentang-kelentung dengan periuk kuali sudip tu semua. Ummi sayang pun dah naik bising. Alaaaa, kahwin lambat lagi. Hehe :)
Well, ni jela aktiviti aku dekat rumah. Online 24 jam,dengar music sambil joget-joget ala-ala Nicole Scherzinger takpun Katy Perry, kadang-kadang turun bawah nak tengok disney channel. Hoi, I memang peminat setia cartoon tauuu. So kalau ada sesiapa yang nak jadi next boyfriend I, guess la I suka cartoon apa. Hihi. Tak pun kalau dah bosan sangat, aku hasut adik perempuan kesayangan aku tidur. Mana tau dapat mimpi jejaka-jejaka impian ke, kiss hug hug sikit ke. Ala, dalam mimpi je kan. Haha. *Gatal,gatal,gatal gila I kan youuuuuuu*
Lepas ni nak basuh-basuh muka sikit,guling-guling atas katil, ambil mood tidur. Goodnight peeps. Love love love !
Dyingtoseeyou,
Faa.

3 comments:
Amboi kauu best lah duk rumah kan dapat diet!
'Boyfriend orang la Faa oii, agak-agak sikit. Ada aku kesahhhh?' I LOIKEEEEE ;P
Pelik kan,pelik kan? Hoho. Orang duduk rumah la makin sedap makan, aku boleh tak makan pulak :)
Well,you know me Cik Fetty Razak. Macam kau tak ingat je kes rampas-rampas kekasih orang masa Form Five! Woot-woot ;p
Hahaha mane gua bole lupa! Gua memang salute ah! ;p
Post a Comment