January 6, 2011

Respect and think.

Yes, people did mistakes. Sama ada kesalahan itu kecil atau besar. Dan setiap kesalahan itu akan menimbulkan seribu satu perasaan yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Serba salah, rasa bersalah dan menyesal atas kesalahan yang dilakukan. Dan semua perasaan itu akan membawa kepada satu pemikiran samada ingin berubah kepada yang lebih baik atau biarkan saja perasaan itu, cuba untuk tidak dipedulikan dan cuba untuk dilupakan. Atau mungkin hati akan berbicara pada diri - Ahh, persetankan semua itu. Bukan kau seorang yang buat salah seperti itu. Ramai lagi. Di sini aku bukan nak membicarakan tentang hal ignoring the fault atau apa.

Siapa yang tak ingin berubah? Semua orang ingin berubah kepada yang lebih baik. Semua orang ingin memperbetulkan kesalahan yang pernah dilakukan. Tetapi kalau tanpa kata-kata semangat dan yang kedengaran hanyalah kata-kata sindiran, kata-kata yang mempersalahkan kau semula, apa perasaan kau? Sakit hati bukan? Lagi-lagi bila mereka cuba membangkitkan hal ibu bapa. Mak bapak kau macam tak ajar kau je kan? Lagi-lagi bila mereka hanya menyalahkan sebelah pihak, atau mungkin mengatakan kerugian hanya memberi kesan pada sebelah pihak atas kesalahan yang kau lakukan atau mereka mengatakan kau memalukan dan menjatuhkan air muka ibu dan bapa kau. Dan orang yang mengatakan semua di atas adalah orang yang turut melakukan kesalahan yang sama. Siapa tak sentap bhai.

Kau fikir kau baik sangat? Kau fikir calitan rugi, malu itu tidak kena pada pihak kau? Kau berbicara tanpa berfikir secara rasional. Kau berbicara seperti kau tidak merasa kesalahan itu. Kau berbicara seperti kau tidak tercalit dengan seribu satu kerugian dan kerosakan itu. Kau mengatakan tentang perbezaan jantina? Benda masih sama, kesalahan yang masih sama. Sila berfikir sedalam-dalamnya sebelum kau ingin membuat satu penyataan. Atau kau sebenarnya tiada otak? Bagi aku, kau belum matang. Perbezaan umur kau yang lebih tua dari aku tak memberi apa-apa perbezaan tentang kematangan kau dan aku. Kau masih tidak ingin berubah. Sila lihat sekeliling kau sebelum kau memperkatakan tentang aku. Sila lihat orang-orang yang dekat dan rapat dengan kau. Adakah mereka malaikat? Benar tanggapan aku sebenarnya, kau tidak pernah berfikir secara rasional dan sedalam-dalamnya. Kau tidak pernah bertanya kepada diri kau apa yang kau inginkan sebenarnya. Kau tidak pernah berbicara kepada diri kau sendiri. Sila hormati keputusan seseorang itu. Bila seseorang itu ingin berubah, mereka akan berubah. Tiada perubahan secara total atau drastik, itu hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Bagi aku, cukup lah sekadar perlahan-lahan dan kau tau apa yang kau inginkan. Jangan memperlekehkan apa yang seseorang itu lakukan apabila mereka sedang berusaha ke arah satu perubahan yang sempurna dan menuju kepada kebaikan.

Semua orang berubah kerana mereka telah berfikir secara rasional. Mereka berfikir tentang masa hadapan. Mereka berfikir tentang orang-orang yang mereka sayang. Mereka berfikir tentang kehidupan yang lebih sempurna dan membahagiakan. Seboleh-bolehnya mereka tidak ingin melihat ke belakang, seboleh-bolehnya mereka hanya ingin menuju ke hadapan. Apa yang sudah berlalu, apa yang lepas itu dijadikan sebagai pengajaran, panduan dan pedoman.

Untuk kau dan kau, sudah tiba masanya untuk melupakan apa yang pernah terjadi. Kau dan kau sudah dewasa bukan? Kau dan kau seharusnya memikirkan tentang orang-orang yang rapat di sekeliling kau. Kau dan kau seharusnya berfikir tentang masa hadapan kau dan kau. Aku juga mempunyai masa hadapan aku sendiri, hidup aku sendiri. Dan aku tidak sesekali ingin merosakkan masa hadapan aku. Mungkin ada sedikit cacat celanya, dan sebab itu lah aku berfikir dan membuat keputusan untuk memperbaikinya. Sekarang kau dan kau nilai sendiri tahap kematangan kau dan fikirkan apa yang terbaik untuk kau dan kau. Aku sentiasa berdoa untuk kebaikan semua orang. Dan aku seboleh-bolehnya tidak ingin menyimpan perasaan dendam atau amarah sekali pun. But once you have pissed me off, tanggunglah akibatnya. I don't give a damn.


Pleasemindyourownbusinessanddothinkbeforeyouwanttospeakup,
Faa.