January 24, 2011

I'm a strong single woman.

Hello there. Lama rasanya aku tak update blog ni. Log in pun tak, macam mana nak update? Aihhh. Sekarang ni memang tengah malas nak update bagai ni. Rajin online Facebook je. So kalau kau orang nak mencari aku, cari la dekat Facebook. Hoho. Tak tau nak membebel apa sebenarnya. Maaf la kepada pembaca setia yang mungkin menunggu peng-update-an blog ni. BM apa entah yang aku guna ni :)

Baru-baru ni ada sosek-sosek berbisik tentang blog aku. Sekarang blog dah semakin mengarut. Ada juga bisik-bisik mengatakan blog ini adalah kepunyaan porn star Malaysia. Hoi hoi, suka-suka hati korang je kan? Haha. I tak layak nak jadi porn star Malaysia ni. Maaf kalau ada sesetengah kandungan blog ini menyentuh sensitiviti anda semua. This is all about my thought and feelings. Buat blog ni sekadar nak menghilangkan bosan. Followers semua pun kebanyakannya kawan-kawan saya. Mungkin ada lah beberapa unknown followers. Tak lupa juga pembaca blog secara curi-curi, hello all. Aku pun kadang-kadang curi-curi baca blog orang jugak. Biasalah tu. Haha :)

Weekdays dipenuhi dengan aktiviti ke kelas. Assignments dah berlambak tapi I masih tak ada inisiatif nak start all that stuffs. Sampai ada yang kata, hai honeymoon lagi ke cik kak? Haha. Quiz Math minggu lepas boleh tahan jugakla soalannya. Macam biasa, curi-curi bukak buku. Haha. Aku tak pandai pun, pemalas. Sekadar attend class je. Balik class makan apa semua. Masa terluang dipenuhi dengan online, gossip dan musics. Hati baru-baru ni terusik sedikit. Sedih. But I manage to heal it by myself. Muhasabah diri. Berfikir panjang. Thank goodness ada kakak sebilik yang memahami, kawan-kawan yang dapat menghilangkan segala duka lara ni. Gelak ketawa seperti biasa. Beberapa hari lepas tidur selalu di ulit dengan dendangan lagu sedih. Berfikir kembali, ahh tak guna. Buang masa. Baik aku buang perasaan itu. Lepas rasanya segala beban.

Friends come and go. Malam semalam berbaik semula dengan seorang kawan. Lega rasanya bila tiada dendam antara kami. Reveal all the feelings, sempat bergayut di telefon dalam sejam lebih dan perbualan kami dipenuhi dengan gelak ketawa. Senang hati aku. Lepas ni boleh lah aku ke kelas tanpa perasaan nak lari, tukar kelas apa semua. Walau aku sebenarnya kurang senang dengan mata para jejaka yang sering menyoroti langkah aku. Ahh, persetankan itu semua. Nak buat macam mana kan? Memang dah itu yang aku kena hadap setiap hari. Cehh, bapak menggelabah ayat aku. Meh la sepak terajang aku kejap. Haha. Eh, sebentar tadi GFF call aku. Bengonglah kau babe. Buat luruh jantung aku je. Cakap pasal si dia. Eh bukan dia minat aku la, aku yang minat dia kot. Haha. Again, gelak ketawa kembali bersama aku. Ya, aku senang hati dengan kehadiran teman-teman yang tak jemu berkongsi masalah, susah dan senang. Cuma mungkin ada yang sekadar berlakon dihadapan aku. Poker face. Ahh, apa aku peduli? Aku cuba untuk menyenangkan hati semua. Kalau ada yang mudah terasa, aku mohon maaf. Fikir la semula, takkan orang lain je nak jaga hati kau? Habis aku? Penat. Nasib baik aku jenis tak ambil peduli sangat. Aku gembira dengan cara aku. Full stop.

Weekend baru ni, Sabtu malam teman seorang kawan ke KFC. Makan. Dia belanja, jadi aku sekadar bersiap dan tunggu dia fetch aku. Borak-borak dan makan. Esoknya, bangun lambat. Dapat a call dari seorang teman juga, ajak breakfast. Masa tu mamai so aku tolak perlawaannya. Tidur pada ketika itu lagi heaven rasanya. Dah malam tu aku berborak bergelak ketawa sakan dengan Miss J kekasih hati Mr Z. Hee. Tidur dalam pukul 4 pagi. Dengan memasang benteng anti-light yang menjadi bualan ramai agaknya. Haha. Bangun-bangun terus online. Teman yang mengajak breakfast tu pun online. Borak-borak kejap, tiba-tiba lapar. Terus dia ajak keluar. Wayang sekali. Khurafat. Okay, aku setuju jela kan. Hari Ahad itu aku bertambah gembira. Dapat teman baru merangkap kakak. Gila sempoi. Kami sempat berduet dangdut dekat karaoke jamban. Cool tak? Haha. Lain kali kita keluar lagi. Tak rugi rasanya bersahabat ramai lebih-lebih lagi dengan para senior. Mereka antara guardian terbaik di sini. Sekali lagi aku senang hati.

Dan ya, bak kata Cheryl Cole - I'm a strong single woman.

Alwayssmilenomatterwhat,
Faa.





No comments: