Minggu lepas minggu yang bahagia buat saya. Bukan weekdays, tapi weekend. Well, I had my weekend at my home. I mean HOME - where both my parents live, where my siblings gather and share everything - laugh, tears , fighting with each other. Haha. Dah lama plan nak balik, tapi degil sangat asyik ikut rasa hati yang kadang-kadang tak betul ni. Ye, saya hanya berada di rumah dalam masa plus minus 24 hours. Sehari sahaja. But sangat-sangat seronok. Ummi tersayang melayan karenah si gadis manja ni. Puding cocktail, durian dan nasi goreng. Tiga benda yang sangat simple. Yang tak susah nak disediakan. Memang dah lama craving tiga benda ni. Terima kasih ummi ayah. Maaf sebab si gadis manja ni selalu buat perangai, tak nak dengar cakap and even masa baru sampai rumah pun terus mengamuk walhal apa yang ummi ayah cakap tu betul. Teruk kan saya? Huhu. InsyaAllah, apa yang ummi ayah harapkan, si gadis manja ni akan cuba tunaikan. But please, beri kita masa. I wont let you down *smile* Dan buat adik tersayang, cuba berani bersuara. Itu untuk kebaikan awak. Tak suka orang pijak-pijak kau. Rasa nak ketuk-ketuk je mereka. Grr grrr ! Sebab satu je yang saya tahu, saya sayang keluarga saya dan saya tak akan benarkan siapa pun menyakiti mereka.
Minggu ni dah start busy kembali. Busy maksudnya sibuk. Eh, saya tau readers semua terror English. Hehe. Perlu siapkan project Auto-cad, presentation is on this Thursday. Perlu siapkan soalan Fluid Mechanics yang Lady Rosalinda bagi sebab nak kena submit on this Friday.( Err, perempuan ni garang sikit. So beware ! ) Perlu siapkan isi report untuk assignment Titas, next week presentation wehhh. Public speaking pun next week jugak ( ni untuk subject Effective Communication). And fyi, Titas dan Effective Communication is on the same day which is on Monday. Haih, sesak nafas I. Site visit untuk subject Material of Civil Engineering pun next week jugak and lepas je site visit tu perlu work on the report pulak. Perlu get ready dengan pelbagai soalan dari Mr Khairy. Gulp! Dan second test untuk MCE pun next week jugak which is on 5th of April. Kau rasa aku sempat bernafas tak? Punah harapan nak tidur lena. Memang penat lah wehh. Menstrual cycle pun dah kembali tak stabil ni. Mood diri pun dah terumbang-ambing =="
Rasa macam dah panjang berjela je blog entry ni. Haha. Sakit mata baca tolong lah klik button pangkah tu. :) Ohh ya, baru-baru ni ada informer beritahu, there's peoples yang anti dengan aku. Sebab apa, aku tak tau. Si informer kata, behave lah sikit. Macam tak cukup behave pulak aku ni? Haih. Maaflah kepada yang tak suka aku. Apa yang boleh aku ubah, aku ubah. Kita manusia, salah orang kita nampak, salah diri sendiri memang susah nak sedar. Dan maaf juga kepada yang tak suka namanya dikaitkan dengan aku. Mungkin ada salahnya dari aku, so from now on nama-nama yang tak sepatutnya sememangnya tidak akan disebut lagi. Advisors ada nasihat, lepas ni I should be more careful. Dengan siapa dan apa yang aku katakan. Mulut manusia, memang susah nak dikawal. Maaf ya, lepas ni awak-awak jangan risau. Saya akan berdiam diri dan fokus dengan hidup saya. Keluarga pemberi semangat nombor satu saya. Keluarga penyimpan rahsia terbaik bagi saya. Okay, sumpah rasa nak balik rumah lagi. Hee.
Dan untuk awak, terima kasih. Sebab sentiasa layan perangai mengada-ngada si gadis manja ni. Yes, we both are trying to know each other well. Perkara paling saya suka - awak tahu macam mana nak ambil hati saya balik. Buat saya tersenyum kembali. Budak kecik ni suka mengamuk tak tentu pasal lagi-lagi bila tak ada yang nak layan dia membebel. Maaf sayang, awak tentu penat kan? Perlu menghadap projects dan assignments, coming tests and at the same time perlu jaga hati budak kecik ni. Okay, saya akan cuba untuk tidak membebankan awak. Eh, tak kira ! Awak kena layan saya jugak. Haha. Okay, saya tak lah sekejam itu. *tonguehanging* Err, nak cakap satu ni je. Saya sayang awak. *senyum*
Okay lah, okay lah. Dah late night. Saya ada class pagi so saya perlu tidur sekarang. Bye blogger hearts. Saya doakan awak semua ceria-ceria selalu.
xoxo,
Faa.
p/s : Seronok bila dapat gelak ketawa dengan sahabat yang nun jauh di sana. Dr, belajar rajin-rajin ya and rotten luck for your coming exam. I tau you tak sabar nak balik Malaysia *tonguehanging*
No comments:
Post a Comment