Pejam celik pejam celik cuma tinggal dua minggu sebelum minggu ulangkaji dan persediaan untuk final exam semester tiga ni. Terlalu cepat rasanya masa berlalu sejak awal September 2011. Sekarang pun dah masuk tengah bulan Disember. Tak lama lagi masuk tahun baru. Umur meningkat, fikiran pun makin matang. Makin banyak yang harus dan perlu difikirkan. Ahh, itu satu segmen lain. Cerita nanti. Haha. Masing-masing pun sedang sibuk dengan projek, assignment dan second test. Report yang harus disiapkan, perlu dihantar. Faham, masing-masing sama rasanya. Kusut, serabut, tensi. Dengan final exam yang bakal menjelang, dengan perkara-perkara sampingan yang harus diambil peduli. Keadaan sekeliling. Angin masing-masing pun ada masanya baik-baik sahaja, ada masanya tidak. Jadi terpulang, bagaimana dan sebaik mana kita kawal diri untuk hadapi semua ini. Hati kita, hati yang lain harus diambil kira. Senyum, walau kita dalam tekanan. :)
Tak ada banyak yang nak dicoretkan sebenarnya. Hati rindu ingin berbicara disini. Sepanjang semester tiga ini, saya bahagia. Alhamdulillah. Walau ada beberapa perkara yang masih perlu disempurnakan seperti yang sepatutnya. Saya masih cuba. Saya tahu saya khilaf, lalai dan sedikit lari dari landasan yang sepatutnya saya lalui. Tahun baru bakal menjelma, saya harap ada sinar buat diri saya, untuk menjadi seperti yang sepatutnya. Taman hati? Mekar, sentiasa. Walau kadang ada salah-faham, bermasam muka, gaduh kami tak lama. Gaduh kami seperti kanak-kanak yang berebut gula-gula. Umur masing-masing dah molek benar menikah, perangai mengalahkan budak-budak hingusan lagi. Itu yang buat saya semakin sayang dengan dia. Layanannya, gurau-sendanya, sengihnya yang sudah cukup untuk buat saya tak jadi marah. Kami berkongsi cerita, walau kadang mengusik jiwa. Bagi saya, saya selesa untuk bercerita walau tentang apa pun dengan dia. Saya harap dia dapat terima, siapa saya dan cerita saya sebagaimana saya cuba untuk terima siapa dia dan ceritanya. Empat bulan bersama terasa bagai baru semalam. Dan ya, saya masih lagi menghitung hari bersamanya untuk sama-sama melakar kisah bahagia kisah cinta hati kami berdua. ♥
Ohh, final exam saya bakal berlangsung dari 3 Januari 2012 hingga 12 Januari 2012. Permulaan tahun baru yang 'indah' bukan? Haha. Masing-masing bakal memerah otak bertungkus lumus menjawab soalan sehabis baik. Semoga saya dan rakan-rakan juga si dia dapat memberi yang terbaik untuk masa depan kami, InsyaAllah. Sama-sama kita berusaha dan sama-sama kita berdoa. Amin.
Lambat atau cepat bukan soalnya , tapi hati. Hati yang bikin segalanya bukan mustahil, jadi pasti ♥
No comments:
Post a Comment