Maaf. Tempoh hari aku terlalu emosional. Biasalah, perempuan. Ada hari-hari perubahan emosi mereka. Jadi ada beberapa perkara aku ambil serius. Dan kerana perkara itu, haluan kita sememangnya telah tersimpang berbeza. Jujur aku kata, ayat-ayat terakhir kau sukar untuk aku fahami. Celaru aku. Sampai aku ambil keputusan untuk tidak memahaminya terus. Malah aku sendiri tak mengerti apa sebabnya kau utuskan kata-kata itu buat aku. Apa itu kerana status Twitter aku? Tentang 'understand' ? Tidak sedikit pun mengenai kau. Apa saja kata-kata yang memberi inspirasi atau mengajar aku, pasti akan aku 'retweet'-kan. Rasanya tak salah bukan? Itu ruang sosial aku. Itulah susahnya ruangan sosial, seringkali mencetuskan salah faham. Jadi aku ambil keputusan, biar itu jadi ruang peribadi aku juga buat teman rapatku yang benar-benar memahami aku.
Tentang apa yang jadi tempoh hari, aku ambil keputusan untuk melupakannya. Tiada dendam atau amarah cuma aku sedikit kecewa. Tapi aku tetap ingatkan diri aku, pemikiran setiap orang berbeza-beza jadi setiap orang punya hak untuk melontarkan pendapat. Lepas kau kata hasrat hati kau itu, kau perasan kan hari demi hari aku berubah? Kerana aku takut untuk memberi harapan terhadap orang. Hati aku tak tetap, sering berubah-ubah. Dan aku baru saja lepas melewati sebuah kisah yang sampai sekarang masih ada dalam hati. Jadi aku sangat butuh masa. Dan kerana apa yang jadi tempoh hari, lagi membuatkan aku jauh hati dari kau. Maaf. Sekali aku sudah jauh hati, rasa itu selalunya kekal, susah untuk dibuang. Mungkin tak adil bagi kau bukan? Tapi bukan cara aku untuk menipu diri sendiri dan orang lain. Aku harap kau mengerti.
Aku ambil keputusan untuk tamatkan sahaja kisah kita di sini. Terima kasih atas memori yang pernah kau ukir dalam hidup aku, biar hanya sekejap tetap akan sering aku ingat sama seperti kisah indah aku yang lain. Ya, aku masih anggap kau sebagai sahabat, sama seperti pada mulanya. Sepuluh jari aku susun, atas segala salah silap dalam pertuturan dan perlakuan aku. Mungkin ada perkara yang kita impikan tak mungkin bisa jadi kenyataan. Tapi mungkin satu hari nanti kau bisa ukirkan memori indah itu dengan yang lebih berhak, yang lebih sempurna buat kau. Terima kasih buat segalanya.
Daridalamhati,
Faa.
1 comment:
I love this one,
Post a Comment