August 19, 2011

Heart skips a beat.

How do I start this? Well, I've been thinking a lot of things recently. Rasanya setiap malam. Setiap detik sebelum diri ini melelapkan mata, sebelum diri ini hanyut dibuai mimpi indah. Indah? Mungkin tidak. Kerana sudah lama rasanya diri ini tidak lena dengan mimpi-mimpi indah alam kayangan. Jujur, aku rindu semua itu. Kau tahu kan? Rasanya bila kita berada dalam alam mimpi, sebuah fantasi indah. Yang bila kalau boleh kau tidak ingin membuka mata, menghadap realiti yang sememangnya penuh dengan pelbagai perkara, pelbagai rasa.

Jujur, aku penat. Atau aku bisa kata , aku capek sekali. Menghadap rutin harian aku, yang rasanya tak ada jauh beza. Permainan perasaan. Aku sendiri tak tahu. Apa perasaan yang memainkan aku, perasaan yang sengaja mengelirukan aku atau aku sendiri yang cuba untuk menipu perasaan aku?

My heart is playing tricks on me.
My heart is building bricks on me.
I can't break through and I can't face you.

My world is turning slowly now.
But it's burning up somehow.
I need some time to know what's right.

Cause it's only in the quiet that I feel some relief.
I'm trying hard not to resist the joy.
Don't listen to me - I'm being paranoid.
I might try hard but it's hard to avoid.

I need a minute to convince myself.
Cause it's only in quiet that I know what to feel.

Bait-bait lirik lagu ini milik si gadis manis Lenka. Ada kaitannya diri aku dengan bait indah ini. Tentang rasa bukan? Dan aku sebenarnya cuba mengelakkan sesuatu. Aku sebenarnya memerlukan masa, untuk berfikir sedalam-dalamnya. Jujur, aku ingin cuba mengelak terhadap satu rasa ini. Aku tak ingin mengulangi kesilapan yang sama. Been years people, I always involved in so many relationship. Tak pernah ada satu masa untuk diri aku sendiri. Tak pernah ada satu masa, satu jangka masa yang lama untuk aku bertatih sendiri. Untuk aku merasai manisnya hidup tanpa sebarang ikatan, tanpa sebarang rasa istimewanya disayangi oleh seseorang. Bukan aku tak bersyukur. Aku beruntung. Aku sangat bersyukur dengan anugerah-Nya. Manis, indahnya hidup bila disayangi seseorang. Manis, indahnya hidup bila ada yang peduli. Cuma, can I just have a break from all of this? Aku rindu untuk punya masa aku sendiri.

Beri aku peluang untuk bertatih sendiri. Beri aku peluang untuk tidak membuat keputusan secara membabi buta, tanpa akal fikir yang panjang, yang terlalu mengikut perasaan. Beri aku peluang untuk tidak mengecewakan insan-insan di sekeliling aku. Beri aku peluang untuk cuba memperbetulkan diri aku. Beri aku peluang untuk mengatur hidup aku dengan sempurna. Hingga sempurnanya aku sebagai seorang wanita.


Hilang.
Beri aku masa untuk aku mencari diri aku.

No comments: