May 18, 2011

Ketika berteleku sebentar di atas tikar sejadah selepas menghadap Ilahi sambil mendengar merdu suara bacaan Al-Quran di rumah kedua Yang Maha Esa, terdetik dalam hati untuk ke arah itu. Ya, niat sudah ada. Dan ketika mengharung perjalanan pulang ke rumah, terdengar suara si ayah yang berkata restu kedua ibubapa itu penting. Sekali lagi hati terdetik, hati perlu membuat keputusan yang betul. Hati perlu berfikir untuk masa hadapan. Banyak yang perlu dilakukan. Banyak perubahan yang perlu dilakukan. Hati ini juga perlu kuat. Perjalanan hidup dan meningkatnya usia menjadikan kita semakin bijak berfikir dan matang sebenarnya. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.


No comments: