May 9, 2011

Four months.

Rasa lama gila tak update blog kan? One word - malas. Haha. Well, aku ni tak habis-habis dengan malas kan? Malas itu, malas ini. Someone please slap me? Cakap pasal slap, ada je yang nak tampar aku. Tampar kang. Heh. Okay okay, back to the main story. Nak cakap yang cuti panjang aku dah bermula, four months of holidays! Lama tak lama la kan? Tapi sumpah boleh masak aku dekat rumah ni. Happy holidays friends ! Holidays plan? Naaaahhh, tak ada kot? Except benda paling sure is taking a driving license. Noob kan? Umur dah 20 tahun baru nak ambil. Haha. It's all because of the matter of time. Alasan lagi. Eh betullah korang :) But seriously I'm freaking cuak sebab frankly speaking, aku takut jalan. Saya tak punya keberanian nak jejakkan apa-apa kenderaan di tengah-tengah traffic yang sibuk tu. Macam mana ni? Macam mana ni? Lagi sekali aku mungkin akan menangis macam masa ambil lesen motor dulu. Tak reti angkat stand motor. Haha. Esok nak uruskan semua hal yang berkaitan dengan license tu, ambil gambar baru semua. Shaking, shaking. One step closer to be an adult. Ahhh, semua ni memang kita kena hadap kan? Tak ada lesen kereta nanti susah. Takkan nak harapkan orang lain pulak? So, saya perlu berani. BERANI.

Kerja? Hal tu mungkin akan difikirkan selepas selesai driving license. Lepas LULUS. Lepas officially dapat P license. Tolong doakan saya :) Ohhh, duduk rumah macam tak boleh je nak diet. Tengoklah, Angah suka masak yang sedap-sedap. Kang ada saja spaghetti, ayam bakar, ikan bakar. Sampai ada yang nak puasa ganti pun tak jadi. Haha. Malam-malam pergi hasut masak megi. Tu okay lagi. Ada ke patut semalam suruh masak nasi goreng, pukul 1 pagi. Gila tak gila. Tolonglah faham pipi aku ni dah kembung macam ikan buntal. Haih. Sekarang Adik tengah mid-year examination. 3 minggu kalau tak silap. Lepas tu dia cuti sekolah. Memang tak sabar nak tunggu Adik balik. Rindu nak bebel dengan dia. Rindu nak mengadu dekat dia tentang semua. Rindu nak dengar dia geram tentang kawan-kawan sekolah dia. Paling rindu nak hasut dia tidur petang bila bosan, bangun pagi lambat sampai masing-masing kena perli dengan ummi. Hehe. Yes, I love my siblings. I love my family.

Him? Kami sedang berdepan dengan satu fasa yang pelik. Idk what is he thinking, idk what am I thinking, idk whats the problems going on between us. Since another person interfere dalam relationship ni, dia berubah. Dan-dan pulak kena masa exam. So positively think, maybe sebab final exam. I miss the old you sayang. I miss our old time. Masa mula-mula semuanya indah kan? Please, make me smile again. Dah sayang, susah nak get rid off that feeling. Buat masa sekarang, I'm not ready to lose you. That's all I know. Yes, as you said - we'll take it slow. Satu masa nanti InsyaAllah dia akan terima. Just have faith baby. People change. Itu yang awak perlu tahu. If I could tell this to you, only if I could. If you tend to make this relationship as a serious one, so you have to try not to ignore all the things that will affect our relationship in the future. I wish we could solve this thing together. Banyak masa lagi. But if I'm not for you and you are not for me in the future, saya terima dengan hati yang terbuka. Keredhaan ibu bapa and keredhaan Allah itu penting :)

Semalam Hari Ibu so rasanya tak lambat kot nak wish lagi. Happy Mother's Day to all beloved and gorgeous mom outhere especially my Ummi , Pauzi Binti Anuar.You are the best mum in the world and you know that. I don't think I can live without you. Ummi adalah ibu yang paling sporting dalam dunia ni, semua cerita boleh share kan? Including love life. Bonding kita kuat sangat, terima kasih sebab bawa kite lahir ke dunia ni. Maaf untuk segala kesalahan kite, samada atas pengetahuan ummi atau tidak. Terima kasih atas segala kesabaran, kasih sayang dan semangat yang ummi bagi. Kite sayang ummi.

Love,
Faa.

No comments: