A week of holiday. Okay, tutup cerita la. Cuti seminggu dah berakhir! Faham tak? Sobs sobs! Tak guna menangis teresak-esak atau mengeluh tak tentu pasal. Oyhh, rasa sekejap gila cuti dekat rumah. Tak seronok betul sebab awal-awal dah tau yang assignments yang dibawa balik takkan siap, assignments yang dibawa balik akan menjadi beban selepas cuti sebab masa ni la baru bertungkus lumus nak disiapkan. Selepas cuti la juga baru nak bersengkang mata buat ulangkaji sebab ada beberapa test untuk few subjects. Tak suka, tak suka, tak suka! *buatmuka*
Ohh yea people, I've gained weight. Dulu relax je, melantak tak ingat dunia. Sebab aku tau berat aku suka naik turun satu-dua kg. So macam apa ada hal la kan? Dari 45 nak ke 48, ambil masa agak lama. Lepas tu bila dah start 49 kg, macam makin seronok pulak dia nak bertambah-tambah kan? Bila dah naik 52-53 kg, muka dah mula risau. Tapi macam tak apa, tetap dengan nafsu makan tak ingat dunia. Dahla malas exercise, suka tidur. Sekali amek kau, bila aku menggedik nak timbang berat. OMG! Bila berat dah lepas tahap 55kg, siapa tak meraung wehh? Rasa nak macam nak bunuh diri je! Sumpah dah tak rasa sexy :( So sekarang I nak ambil inisiatif. Ni semua untuk masa depan I. DIET. Full stop.
Eh lupa nak cerita apa aku buat masa cuti. Jangan tanya pasal assignments atau ulangkaji. Awal-awal entry lagi korang semua dah tau kan? Huhu. Tak ada benda lain selain dok bangun tidur lambat, tidur lambat kadang-kadang tak tidur langsung sebab sibuk online Facebook, Skype, YM, blog, Youtube bagai. Kena bebel pun dah lali. Kesian Ummi. -_____-" Balik kampung ayah, jumpa saudara-mara. Nasib baik balik kali ni tak rasa ketidakseronokan tu. Buat muka happy dengan penuh ikhlas. Lepak pantai dengan ummi ayah mak sedara bapak sedara sepupu sepapat. Family dari Singapore sleepover dekat rumah Yayi. Seronok dapat main dengan baby boy- Shahir. Mata bulat pipi demok. Rasa tak sabar nak ada baby sendiri! Hee. Makin dewasa makin rasa nilai kekeluargaan tu penting, makin kuat bonding-nya :)
Shahir :)
Lupa pulak. Keluarga belah ummi dah bertambah. Tambah lagi sorang. Mak cik saudara kesayangan dah dapat menantu. Semua anak-anak dia hero, sekarang dah ada bunga sekuntum. Yang sulung dah kahwin. Ho yeah! Selamat Pengantin Baru buat Hazwan Jalani dan Nurul Shida Saari. Maaf tak dapat datang kenduri dekat Perak. Kita datang kenduri awak dekat Batu Pahat masa 12hb February ni okay? Hari tu ada test, so datang lambat sikit la ye? Datang melantak! Cehh,hancur plan diet aku. Hehe.
Love,
Faa.

No comments:
Post a Comment