Note : Almost two weeks tak update blog, rasa macam semua benda nak cerita dekat sini. Anda-anda semua kalau malas nak baca, jangan baca. Muak pulak kang. Haha.
Last week memang busy sangat. Sampai tak sempat nak bukak blog, nak buat blog walking ke apa. Assignments Auto-cad and Material of Civil Engineering. Cakap pasal MCE subject ni, mula-mula aku buat bodoh je la as aku tau group aku yang ketiga. So macam relax je ahh. Sekali ada badan penggerak yang buat aku gelabah cakap presentation on that week. Memang la aku tau presentation start minggu tu, tapi tak rasa la pulak group aku kena buat jugak. Bayangkan la presentation esok, bahan semua baru nak cari malam tu. Tak ke gila? Ye, aku tidur lambat la jawabnya. Sekadar menyiapkan slide dan berdoa agar bukan turn group aku minggu tu. Yela, report pun tak siap lagi. Nak mampus? Haha. Aku boleh siap pergi text lecturer lagi. Tak pernah-pernah aku nak text lecturer sebab gelabah punya pasal aku text. And thank goodness, minggu tu bukan turn aku. Pandang si badan penggerak, nampak helaan nafas lega dia. Okay, senyum :)
Minggu tu jugak ada dua test aku kena hadap. Engineering Mathematics II and Fluid Mechanics. Seriously aku cakap paper Math aku flunk. Entah apa haram aku mencarut atas kertas tu tah. Tula, tak belajar punya pasal. Fluid Mechanics? Alhamdulillah. Aku tau aku takkan dapat full mark or best mark ke apa, but I know that I did it well as usaha aku. Boleh pulak cepat-cepat buat sebab tak sabar nak attend wedding cousin. Hee. Masa melintas nak hantar paper ke depan, terpandang si jejaka sorang ni. Muka gila macam tak terurus, penat belajar agaknya. Haha.
Okay, so now mari berbicara tentang wedding cousin. Nama si pengantin lelaki Hazwan, si pengantin perempuan Shida. Hazwan or aku panggil Wan ni anak Mak Yah aku. Ummi dengan Mak Yah rapat, dulu masa Wan kecik ummi pernah jaga dia kalau tak silap aku. Macam excited la kan sebab dah lama tak berkumpul dengan big family. And aku ingat nak rasa nasi pengantin hari tu, yela dah lima hari tak sentuh nasi. Hee. But I didn't sebab rasanya dah fobia nasi kot. Nak tau apa yang aku buat masa wedding tu? Jaga buffet, berdiri 4-5 hours tak tukar shift langsung. Gila kan? Dengan tak makannya. Haha. But tak kisah even penat gila, lembik gila still I gave smile to all the guests :) Malam tu pergi tengok midnight movie dengan cousins. Suka. Even the movie sangat membosankan ~
So badan ni memang exhausted gila. Ada masa je, mesti tidur. Penat kot. Yela dengan all that assignments kan. Huhu. And plus perhaps sebab I've started my diet plan. Tak sentuh nasi langsung. Just a tiny bit kalau dah tak tahan sangat. Makan roti, mee or kue tiaw saja. Seminggu berlalu tanpa sentuh nasi. Hari Isnin naik mesin penimbang tu, 54.9 kg. Hari Jumaat pergi naik lagi, 54.1 kg. Okay, satu kejayaan yang pretty good kan? Haha. Okay la tu, a week turun a kilogram. Nak dapatkan 45 kg. Then try to maintain. Hee. Wish me luck people!
Happy Newly Weds for both Hazwan and Shida. Cepat-cepat dapat babies tau ! *smile*
Lawa kan Shida? :)
And yes peeps, minggu ni is my another busy week. Nak kena siapkan assignment individu Hubungan Etnik, due date on 18th February 2011 which is this Friday. Sabtu, 19th February ni nak ke Rengit buat kajian untuk group assignment Hubungan Etnik, lepas tu kena siapkan report yang nak dihantar on 28th February 2011. Ohh, soalan temu bual dan kajian pun tak buat lagi. Then nak kena prepare untuk both presentation and report for MCE subject which the due date is on 22nd February 2011. Perasan tak semua due date dekat-dekat? Mati aku -___-"
Exhausted,
Faa.
