Tahun empat. Tahun terakhir di Universiti.
Dan tika ini aku masih lagi goyang kaki menghabiskan masa tanpa hala tuju walhal sudah pun masuk cuti pertengahan semester. Sedangkan rakan-rakan seperjuangan yang lain sibuk bertungkus lumus menyiapkan pelbagai assignment, project reports dan yang paling penting sekali Projek Sarjana Muda (Final Year Project).
Bangun Faa, bangun. Tinggal berapa minggu lagi untuk submit semua benda. Makan cukup tidur cukup. Berjalan sampai tak cukup tanah tak cukup tempat nak pergi. Enough with all the fun, leisure. Enough with all the silly problems yang tak patut pun ada dalam diari tahun empat ini. Enough.
Ingat, yang kau cukup segalanya. Tak pernah kurang. Jadi, tiada satu pun alasan sebesar kuman untuk kau jadikan alasan untuk tidak menjadi seorang pelajar tahun akhir yang sepatutnya.
Tak kira banyak mana pun kau nak kata how you don't have any interest on what you are taking right now, kau dah pun masuk tahun empat. Ada rezeki kau tu, ada. Have faith. Usaha dan sentiada berdoa.
Semoga Allah SWT mempermudahkan segalanya.
Amin.