I haven't update anything since the new semester have started. Two months have passed, few tests have been sit. And to be honest, blog pun jarang bukak. So blog updates from fellow friends pun memang tak baca la kan. Sorry sorry sorry guys ! Nak kata I've been busy all the time, memang taklah kan. Just the mood to update the blog langsung tak kunjung tiba. Semua cerita, semua rasa memang haruslah tersimpan kemas dalam hati kan? Kadang-kadang teman-teman rapat lah tempat untuk mengadu. Paling tidak, letak kepala atas bantal dan tidur. Mengharapkan mimpi-mimpi indah untuk lupa reality life for a while. :')
#ceritasatu.
Jauh. Memang kita sudah terlalu jauh wahai teman. Hilang segala cerita yang pernah kita kongsikan. Kau ingat dulu tika kita pernah berkongsi segala rasa? Ketawa malah suka-duka kau dan aku juga teman-teman kita yang lain. Tapi orang kata, manusia ni boleh berubah dalam sekelip mata. Tipu kalau kata tak timbul langsung ketidakpuasan hati dalam diri aku terhadap kau dan aku rasa kau juga begitu bukan? Perangai manusia lain-lain. Aku hormati sikap kau yang mungkin sekadar untuk menjaga diri kau sendiri tapi kadangkala terlalu mementingkan diri-sendiri pun tak boleh juga kan? Aku pun mungkin ada juga tersalah langkah, terlepas pandang dengan tingkah-laku aku sendiri. Maaf wahai teman. Jika kau gembira dengan cara kau, teruskanlah. Aku hormati setiap pilihan dan cara kau kerana aku juga ada cara aku sendiri.
#ceritadua.
Sebuah lagi ikatan dan perhubungan yang halal terjalin. Alhamdulillah. Tahniah. Semoga kau dan si isteri dapat melayari bahtera perkahwinan ini dengan bahagia. Semoga kau semakin matang dalam segala tindak-tanduk dan perlakuan kau sebagai seorang lelaki yang bergelar imam buat keluarga dan anak-anak, InsyaAllah. Jujur aku adalah antara insan yang paling gembira untuk berita bahagia ini. :)
#ceritatiga.
N. He came back to haunt me. Please please and please get away from me. Cukup untuk dua kali apa yang pernah terjadi. Tak pernah berharap kau datang balik, tak pernah bermimpi kau hadir kembali. I have forgive you on what had happen between us, and I'm trying to forget. That's why kalau boleh I don't want to involve in any business with you anymore. Tak nak jumpa langsung kalau boleh. Please, do not contact me. Thank you.
to be continued ...