Rasa macam dah hampir seminggu tak buat luahan hati dekat sini. Dah lama tak buat entry emo-emo kan? Haaa, hari ni memang sikit emo punya entry. Malas nak cakap banyak - I failed. Failed on getting the letter P dengan sekali test sahaja -.-" On the road pulak tu. Sedih kan, sedih kannn? Bayangkanlah dah drive half -way dengan penuh focus , confident sekali tiba je dekat simpang maut - bukan tempat kegemaran - anda telah membuat kesalahan mandatori. Keluar simpang secara tergesa-gesa dan hampir mengakibatkan kemalangan. Yes, I have to admit, memang dekat situ tempat paling aku cuak sangat. Jalan simpang yang tak rata, yang memerlukan kau main clutch dengan minyak macam masa kau naik bukit tu. Pada masa sama, mata kau kena aware sebelah kiri kau, kereta berpusu-pusu datang, tangan kau pulak kena ready nak turunkan handbrake. Hello, para lelaki pun aku dengar banyak kantoi dekat situ. Dan tak mustahil aku sedikit menggelabah dekat situ kan? Okay, ayat konon nak bagi semangat. Ayah cakap, tak apa. Ummi pun cakap, normallah tu. Mungkin tiada rezeki aku lagi. Lepas ni kena drive dengan lebih tenang, focus sentiasa dan confident setinggi gunung. Benda paling malas nak buat? Pergi driving class lagi dan dating dengan abang JPJ lagi. Which is it is on the next Wednesday. Tapi nak letter P tu kan? So, kena semangat ! Whatever pun kena semangat. Next Wednesday kena buat muka lagi comel, sebab dah nampak officer JPJ semuanya handsome-handsome, comel-comel. Nama officer yang date dengan aku tadi Aiman. Semua sedia maklum yang Aiman tak kisah kan? Tapi Aiman ni kisah. Half-way aku bawak memang dia senyap habis, tapi bila aku dah buat salah? Masa dia drive, banyak mulut jugak dia ni. Cis, mentang-mentang aku kandas. Nasib baik hang handsome, nasib baik ceq jenis apa jadi pun gelak sengih-sengih je sampai dia sendiri pelik awat happy benar budak ni padahal failed kot. T.T Ya Allah, semoga kau permudahkan segala urusan aku. Amin.
Ohhh, dok sibuk cakap pasal JPJ Test ni, result sem dua ni macam mana? Maaf cakap, aku tak pandai, aku bukan geng dean list. Eh, bukan tak pandai - pandai tapi malas macam Garfield. Haaa, kan dah padan muka result sem ni turun. Padan muka, padan muka. Memang next sem kena bersengkang mata, dah tak ada lah nak berlibur sangat, dah tak ada lah istilah dating semua. Memang tak ada lah kan? Kata Miss J :)
So dear blogger hearts, wish me much luck for getting the letter P. Nanti senanglah I nak drive you all pergi jalan-jalan kan? Hee. Forget what happened yesterday, yeah - a tiring and frustrating day for me - and just focus for my next JPJ test. InsyaAllah, everything will be just fine for me. But before the day, can't wait to spend this lovely weekend - wedding time :)
IknowIcandoit,
Faa.

1 comment:
FC fhm..hehe..FC pon prnh failed..hehe,,
FC suke penilasan kamu..tapi kalu font tulisan dibesarkan lagi sng FC nk bace..*jgn marah ea..tp honestly gaya menulis mmg da best..hehe
Post a Comment