Ya, semakin dekat nak final exam semakin busy pulak semua pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Bukan busy buat revision, tapi busy nak siapkan assignment dan project. Sampai ada yang tak sempat nak online facebook ( eh, ni bukan aku) , tak sempat nak update blog, tak sempat nak melayan karenah teman lelaki/wanita( err, ni pun bukan aku). Tolonglah faham, sampai ada yang dah malas nak ke kelas (Ohh, yang ni memang aku. Bukan buat assignment tapi membuta atas katil). Hati ni dah tak sabar nak berada dekat rumah masa study week tapi ada rasa gundah-gulana sebab risau balik rumah langsung tak study. Faham tak yang subjects sem ni pretty susah? Faham tak I ni pemalas tahap gaban sampai memang patut risau pun bila final exam dah tergedik-gedik macam apa orang putih cakap ? Final exam is around the corner. =="
Sebenarnya bila kepala otak dah penuh dengan bila date line assignment yang perlu dihantar, idea dan mood nak update blog memang hilang entah ke mana. So nak dipendekkan cerita, kita buat macam flow chart je la ye. Malas nak bebel banyak-banyak.
1/4/2011 - 3/4/2011
Program Gegar di TF. I terpaksa involve sebab nak lulus Kemahiran Insaniah. I handle Indoor Games. Jadi AJK Promosi dengan Intan, Effa & Qila. Lepas tu I ada masuk Make Up Contest,tak menang tak apa I tak sedih sebab sekadar nak have fun saja. Hee.
4/4/2011
Presentation Titas. I dengan Qila tak tidur langsung sebab nak siapkan report apa semua. Wahh, first time esok kelas I langsung tak tidur. Masa presentation memang menggelabah habislah kan dengan ayat explaination tunggang langgang. Haha. But overall, okay. Thanks untuk semua group members I - Aqilah, Jannah and Ekin :) Petang tu ponteng class Effective Communication sebab dah tak larat langsung nak bukak mata. Nasib ramai lagi yang tak buat Public Speaking so turn I next week lah. Hoho.
5/4/2011
Test Material of Civil Engineering. Tak nak cakap banyak. Tak study betul-betul memang lah tak boleh jawab kan. =="
6/4/2011
Hari ini hari yang sangat seronok sebab pergi construction site visit dekat Muar. Ini untuk project BFC 10502, alah subject yang I hadap test dia masa 5/4/2011. Haha. Dapat panjat bangunan tapi end up kaki lebam, sakit. Huhu. Yang paling seronok dapat ajak 9 orang sahabat pergi makan dekat rumah nenek. Hee. Ummi dengan nenek masak sedap. Budak-budak lelaki penat sampai tertidur dekat ruang tamu atas. Tapi sedih sebab tak dapat ikut mereka semua pergi karaoke dekat BP. Gara-gara Angah nak guna laptop I terpaksa balik kolej ambil laptop :(
So semua tu antara aktiviti yang I buat sampai I boleh dikategorikan sebagai perempuan busy but still I got time nak landing atas katil lama-lama tanpa pedulikan apa yang jadi. Heh. Tell you what? Sekarang ni rasa macam kena ignore. Yela, macam I cakap makin nak final exam makin busy. Nak mengadu apa-apa pun sekarang dekat kakak roommate je, nasib ada dia. Nak tau tak yang masa nak bermanja sekarang pun dah limited. Benci, bila kita dah start depends on someone tiba-tiba dia tak ada :( But kawan dia kata, kakak kata sabar jela. Ye, saya memang tengah sabar ni. Nampak muka sabar saya ni ? Grr grrr.
IhopeyouunderstandhowmuchIneedyou,
Faa.
No comments:
Post a Comment