September 13, 2014

Harum kelopaknya yang lima dan LDR.

117.8 kilometer.
1 jam dan 30 minit.


Things has get better since the past two months. Alhamdulillah, all praise to Allah.

Orang kata, everything happens for a reason. Yes, it is true. I learnt a lot. Aku belajar, banyak. Tika itu, sakit itu hanya Tuhan saja yang tahu. Jatuh. Ribuan sendi aku terasa lemah. Betapa aku hilang diri aku. Namun aku tahu, aku punya Yang Satu. Dia yang tidak pernah hilang. Yang 24 jam nya ada bersamaku.

Juga keluarga aku, dan teman-teman yang rapat.
Atas kata semangat kalian, dan ikhlasnya kalian tika bersama aku.

Dan kau, Sayang.
Yang sebenarnya tidak pernah hilang dari aku.
Yang tidak pernah hilang dan putus sayang pada aku.
Yang cukup sabar buat diri aku.
Yang cukup kuat untuk aku.
Yang hampir memilih haluan berbeza dari aku, namun kau telah pasakkan hati mu pada aku.
Dan aku tahu, kau percaya pada-Nya.

Terima kasih kerana kau kembalikan semula senyuman dan gelak tawaku.
Dan buat aku rasa indahnya cinta itu, indahnya manis mu itu.
Akan aku hiasi taman indah kayangan kita dengan bunga-bunga yang harum yang punya lima kelopak itu.

Trust.
Loyal.
Honesty.
Understanding.
Tolerate.

Kita sama-sama bangun dan usaha ya?
Sama-sama hiasi kayangan itu dengan haruman bunga yang lima kelopaknya itu ya?
Sama-sama sayang satu sama lain dengan ikhlas dan penuh cinta.
Kerana kau sendiri pernah kata padaku,

" Benar, kita harus percaya pada jodoh. Orang kata kalau ada jodoh, ada lah. Tapi instead of saying that, maybe kita boleh tukar kepada kita perlu ada jodoh so lets work this out together. "

InsyaAllah, dengan izin-Nya.
Aku percaya.
Dan aku akan terus berdoa.
Hingga bahagia itu milik kita, sampai syurga.