March 9, 2013

360 darjah.

Cerita aku berpusing 360 darjah pada satu paksi yang sama.

Karma.
Aku tipu kau, kau tipu aku. Aku tipu dia, kau juga buat yang sama. Cerita berangkai yang takkan pernah berakhir kecuali kau dan aku punya kesedaran untuk berubah.

Jujur?
Aku pernah hesitate untuk berlaku jujur pada kau tapi tak lama. Aku bilang pada diri aku yang aku sayang kau jadi aku buang curang aku. Rupanya kau juga sama. Di sebalik hesitation kau untuk kerap berjumpa aku, untuk pelbagai alasan kau yang buat aku percaya kau separuh mati, kau juga curang.

Kau lepaskan aku, untuk yang lebih menghargai aku.

Pusing-pusing balik, aku kembali pada asalku.

Aku punya insan yang separuh mati menyayangi aku, yang separuh mati menghargai aku namun aku sia-siakan segalanya.

Dan aku lepaskan dia untuk yang mungkin akan lebih menghargai dia.

Tuhan itu Maha Adil.

Atas segala alasan kau yang buat aku rasa matinya hati, bila mana telah tiba masanya untuk aku rasa satu tamparan hebat tentang realiti hidup dan betapa karma itu wujud, setelah sekian lama, kau sedar diri untuk berlaku jujur pada aku. Kau ungkapkan segalanya.

Betapa kau sayang aku, namun curang itu tak dapat lari dari sisi kau pada ketika aku rasa aku wanita paling bahagia punya kau.

Hebat tamparan itu.

Dan sesungguhnya aku sedar kau dan aku serupa.

" Kau sedarkan aku yang langit dunia aku tak selalunya cerah. Ada juga mendung dan kelam yang aku tak pernah sedar dan masih angkuh selama ini. "