Setiap insan punya impian - ingin bahagia, ingin membahagiakan dan dibahagiakan. Biar siapa pun mereka, biar apa pun kisah silam yang mereka pernah lalui. Jadi, jangan sewenangnya menghukum mereka tanpa pernah cuba memberi peluang kepada mereka. Tak siapa pernah lari dari kesilapan bukan? Dan mustahil tak ada seorang pun dari mereka yang ingin berubah bukan? Ke arah yang lebih baik, yang lebih sempurna.
Tipu kalau kau kata kau tak pernah ingin cuba memadamkan memori lama. Memori yang kau rasa tak patut wujud dalam diari hidup kau. Tapi apa kan daya, manusia. Sering kali tersilap langkah, sering kali melakukan sesuatu tanpa berfikir secara waras. Ikut suka dan seronok saja. Tak pernah nak fikir orang lain, tak pernah nak fikir kesannya pada setiap orang yang ada disekeliling kau ( pada masa itu malah pada masa hadapan mereka ). Yang kau fikir, kau tak ingin lepas dari semua itu, seronoknya hidup, seronoknya menjadi seperti itu, seronoknya seperti dapat takluki dunia. Tapi bila masa dan ketika berubah, berlalu mengikut detik saat, minit, jam, hari, minggu dan tahun, kau akan mula berfiir. Meraba-raba mencari sebab mengapa semua itu perlu berlaku dalam hidup kau. Mengapa kau sewenang-wenangnya melakukan semua itu. Ah, tak guna nak meratapi benda yang dah terjadi. Tak guna. Tak guna untuk rasa bersalah terhadap orang-orang disekeliling. Masa buat semua itu, kau tak nak fikir. Bodoh. Ada otak tak nak guna.
Bukan, bukan itu caranya. Mempersalahkan diri sendiri atas apa yang sudah terjadi. Memang, secara teknikalnya, salah kau. Bukannya kau tak diajar, malah terlalu cukup segala tunjuk ajar dari yang berpendidikan, yang berpengalaman. Cuma hati kau, hati kau lemah. Tak cukup kuat untuk menghalang godaan dunia. Sebab itu, kau bertuah kerana diberi peluang untuk berubah dan berfikir semula. Apa kau mahu terus dengan diri kau yang sedikit hanyut itu? Yang tak pernah fikir tentang orang lain? Tidak bukan? Kau mahu berubah bukan? Kau sendiri mahu berhenti dari dihantui kisah silam bukan? Jadi, cuba kau kuatkan hati dan cuba kau jalani hidup ini dengan mengambil kira setiap hati yang ada disekeliling kau. Keluarga, kawan-kawan, teman rapat kau tak lupa juga insan-insan yang boleh kau kategorikan sebagai istimewa dalam diari hidup kau. Mungkin patut kau diamkan kisah silam kau, mungkin juga pada sesetengah insan, harus bagi mereka untuk mengetahuinya. Cuma satu, sentiasa cuba meminta maaf dengan apa yang telah dan pernah terjadi. Dan kepada yang tahu tentang kisah mereka, sentiasa cuba untuk memaafkan mereka. It's their past, and they are trying to change for the better. So support them, not condemn them. Put trust on them, don't blame or judge them without knowing what was truly happen. Try to understand them. And the most important is, don't bring up the past when you have some misunderstood situation some days. It just will make things go even more worst. :')
Yes, this is a message for me and for every beautiful people that might be reading this.
#Aku bicara berdasarkan pengalaman, bukan sewenang-wenangnya mengutarakan pendapat. :)
#Aku bicara berdasarkan pengalaman, bukan sewenang-wenangnya mengutarakan pendapat. :)