October 29, 2011

True friendship will never end.

Persahabatan. Jujur aku kata, aku junjung tinggi perhubungan ini. Jangan tanya aku kenapa, kerna aku rasa semua orang juga begitu bukan? Bagi aku persahabatan adalah seperti sebuah hubungan adik-beradik. Lebih senang aku kaitkan persahabatan tak ubah seperti satu hubungan kekeluargaan. Di mana , tika kita berjauhan dengan ahli keluarga kita, mereka adalah antara insan-insan yang terdekat dengan kita. Mereka adalah tempat kita mengadu dan menagih kasih tatkala kita perlukan seseorang di sisi. Kasih sayang itu dengan sendirinya akan ada apabila nilai persefahaman, jujur antara satu sama lain, tolak-ansur dan keikhlasan itu wujud dalam hubungan persahabatan.

Apa guna aku berbicara tentang perhubungan ini? Ada sesetengah orang mungkin berfikir, ahh tak guna. Buang masa. Bila kau susah, bukan kawan kau yang akan datang membantu. Bagi aku, persahabatan sangat bernilai. Dan kerana itu, aku tak pernah kisah untuk korbankan masa atau apa pun untuk mereka, InsyaAllah dengan seikhlas hati. Dan jujur aku kata, aku punya ramai teman. Dan mereka punya banyak personaliti. Dari situ juga kau akan tahu siapa sebenarnya yang patut diberi gelaran SAHABAT itu. Siapa sebenarnya yang kau patut letakkan kepercayaan, siapa sebenarnya yang boleh bertolak-ansur dengan kau, siapa sebenarnya yang boleh menerima baik dan buruk kau, siapa sebenarnya yang tak akan pernah cuba untuk menikam belakang kau, siapa sebenarnya yang tak akan sesekali mempergunakan kau hanya untuk kebaikan mereka, siapa sebenarnya yang akan melepaskan perasaan ego itu demi sebuah persahabatan, siapa sebenarnya yang akan bersama dengan kau tak kira susah atau senang kau. Aku tak kata aku adalah seorang kawan, teman dan sahabat yang baik, tapi aku cuba sedaya upaya untuk menjadi yang terbaik untuk insan-insan di sekeliling aku.  Dan betapa sebenarnya aku amat sayang semua insan yang aku gelarkan kawan, teman dan sahabat.

Satu perkara yang sentiasa aku lakukan, apa sahaja masalah atau perasaan tak puas hati, aku lebih senang untuk menyatakannya secara terang-terangan dan bawa berbincang. Ya, tak semua perbincangan akan membawa kepada satu penyelesaian seperti yang kita ingin kan, tapi sekurang-kurangnya kita cuba untuk jernihkan kembali segala perasaan negatif itu bukan? Dan seboleh-bolehnya, cuba untuk let go perasaan ego, keras hati itu. Kerana tak guna kau cuba berbincang, cuba memaniskan muka tapi di sudut hati kau sebenarnya ada perkara yang tak selesai. Dendam tak membawa kau ke mana-mana. Aku tak menujukan perkara ini terhadap sesiapa, ini hanya buah fikiran dan pandangan aku terhadap beberapa perkara. Mungkin aku tak tau perkara sebenar, tapi satu sahaja aku ingin katakan, aku sayang persahabatan itu. Tak kira dengan sesiapa pun. Tak kira rapat atau tidak aku dengan mereka. Tepuk dada tanya selera. Sejauh mana atau selama mana kau ingin biarkan persahabatan yang kau bina itu berantakan? Atau kau sememangnya ingin ianya terus berantakan? Itu mungkin lebih senang, pada kau kan?

Kita hidup atas dunia ini bukan hanya seorang diri, tapi dengan insan-insan yang lain. Tipu kalau kau kata kau boleh bertahan seorang diri dengan egois kau bukan? Satu hari nanti kau akan rasa penatnya. Tipu kalau kau kata kau boleh bertahan seorang diri dengan hanya memikirkan diri kau sahaja? Habis orang lain kau campak mana? Jangan fikir diri kau sahaja, macam aku kata, kau hidup di dunia bukan seorang diri. Satu hari bila orang lain penat melayan karenah kau, kau yang akan jatuh terduduk. Mula menagih simpati, jangan sampai tak ada siapa yang peduli. Fikirkan lah wahai sahabat. Tak siapa ingin melihat kau jatuh terduduk. Mereka sayang, sangat sayangkan nilai persahabatan itu.


Semua orang ingin punya persahabatan yang sejati bukan? :) 


No comments: