June 14, 2011

Lucky me.



Banyak perkara yang kita terlepas pandang dalam hidup ni. Dan selalunya, semua perkara tu melibatkan hati dan perasaan. Sementara kita seronok dengan hidup kita dan cuba untuk mengejar apa yang kita inginkan, ada sesuatu perkara di hadapan mata kita yang kita ambil sambil lewa. Yang kita anggap tak terlalu penting untuk kita pedulikan tetapi sebenarnya perkara itu membawa seribu makna buat kita. Maaf, bertahun awak tunggu saya tapi saya buta. Dan akhirnya awak ambil keputusan untuk melupakan. Awak adalah sahabat terbaik saya, yang setia sentiasa cuba ada untuk saya walau kadangkala saya sebenarnya menyakitkan awak. Ada sebab tersendiri kenapa saya tak beri peluang kepada awak. Sebab saya sayang persahabatan kita. Terima kasih kerana sentiasa bersabar dengan karenah saya. Dan untuk awak, ya, satu ketika dulu saya pernah suka awak. Hari-hari saya penuh dengan adegan cuba mengintip gerak-geri awak, cuba membuka telinga untuk mendengar bicara sedikit sebanyak tentang awak, malah cuba memulakan langkah untuk mendekati awak. Biasalah, siapa tak pernah minat senior kan? Tapi bila tiba satu lagi kisah cinta saya dengan salah seorang senior lain merangkap sahabat awak juga, saya terpaksa melupakan seketika kisah bagaimana obsesnya saya tentang diri awak walhal pada ketika itu awak juga telah cuba memulakan langkah untuk mendekati saya. Dan kalau saya cuba ingatkan kembali ketika detik itu, banyak perkara yang saya terlepas. Bila dah berjauhan, bila peluang untuk bertemu kembali seakan tipis, masa itulah baru segala-galanya terungkai. Dan sekarang, kita berada dalam satu fasa yang sama, masalah cinta yang sama cuma dengan berlainan jiwa. Dan sebenarnya, awak buat saya lebih faham dengan situasi sebelah pihak yang lain, bukan hanya memikirkan tentang diri saya sahaja. Yes, sometimes we have to put our feet in another person shoes. Cuba untuk faham situasi seseorang itu. Terima kasih. Kita mungkin akan rapat kembali and anything could happen but hey, for this time - you are free to talk with me about everything. Dan kepada awak, saya tahu awak sentiasa cuba untuk buka hati saya. Untuk buat saya rasa disayangi dan cuba untuk menyayangi kembali. Saya masih cuba dan buat masa ini, saya lebih selesa berkawan dengan awak. Awak baik. Terima kasih.

Hidup ini indah. Penuh dengan warna-warni. Ada suka, ada duka. Kita hanya perlu membuka minda dan jiwa, untuk menikmati hidup ini agar tak terlepas segala peluang terbaik untuk kita. Jangan dikejar sesuatu yang sudah jelas bukan milik kita. Jangan diratapi apa yang telah berlalu kerana segala yang berlaku ada hikmahnya buat kita. Alhamdulillah, malam ini dan saat ini, ada beberapa perkara yang sedikit sebanyak telah menyedarkan saya.

Lifeiswonderful,
Faa.



No comments: